Sabtu, Februari 27, 2010

Budi, bahasa, biadap

Hari ini Pendita dan keluarga datang berehat sambil memancing di Tanjung Agas, Melaka. Juga dikenali sebagai Fort Supai atau Kuala Linggi. Fort Supai adalah bekas kota pertahanan Belanda dan tentera berbangsa Bugis. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan datang ke Melaka melalui Port Dickson, selepas menyeberangi Jambatan Kuala Linggi, di dalam beberapa kilometer terdapat sebuah simpang tiga. Belok kanan dan terus sehingga bertemu Balai Polis Kuala Linggi. Di situlah Tanjung Agas.

Di sini ada sebuah tempat makan terapung. Ikan bakar adalah menu istimewa apabila malam. Waktu pagi tempat ini lengang. Jadi Pendita ambil kesempatan untuk datang memancing. Kereta ditinggalkan di lot parkir. Dengan tenang kami sekeluarga pun mula memancing di tempat makan terapung ini. Jaraknya dengan lot parking agak-agak dalam 300 meter.





Selang beberapa lama datanglah majlis perbandaran dengan lori dari jabatan yang repair jalan berlubang tu (yang selalu mereka laungkan Jasa Kepada Rakyat), hendak memasang khemah di lot parkir itu tadi untuk sebuah upacara rasmi. Seorang datang kepada Pendita minta dialih kereta. Isteri Pendita pun pergi hendak mengalihkan kereta. Oleh kerana tiang-tiang besi telah diturunkan dari lori, kereta agak sukar untuk dialihkan. Isteri Pendita panik sebab terlanggar sedikit. Berhenti dan keluar dari kereta, cuba untuk menghubungi Pendita. Belum pun sempat beliau hendak telefon, seorang pekerja majlis perbandaran atau jabatan-repair-jalan ini terus masuk ke dalam kereta dan alihkannya tanpa kebenaran!

Persoalan:
1) Bagaimana dengan budi bahasa meminta izin menggunakan harta benda orang lain?
2) Apakah ini budaya kerja mereka?
3) Sudah hilangkah budi pekerti Melayu ini?
4) Apakah warga tanah jajahan Naning sudah hilang adab?

Kita tahu Naning adalah jajahan Melayu yang cukup gagah menentang Inggeris dibawah pemerintahan Dol Said. Dengan bantuan Rembau, Inggeris berjaya menundukkan Naning. Berlakulah peristiwa Perjanjian Naning. Dol Said diberikan pencen dan rakyat Naning mesti membayar cukai kepada Inggeris. Makam Dol Said terletak di kawasan sebuah masjid berdekatan Tol Simpang Ampat, Melaka. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan berkesempatan bolehlah keluar tol ini sekejap, bersembahyang jamak sambil menziarahi makam beliau.

Tajuk kita hari ini adalah: Budi, bahasa, biadap.

Sepertimana telah dibincangkan di dalam artikel sebelum ini, Melayu terdiri daripada puak-puak dari pepohon keluarga yang berbeda-beda. Terdapat sistem kasta yang diamalkan Melayu walaupun sudah Islam. Ada golongan bangsawan, agamawan, pedagang, ilmuan dan hamba. Sistem hamba sangat mudah. Salah satunya ialah jikalau seorang berhutang dan tidak mampu membayarnya maka dia akan dijadikan hamba. Inggeris menghapuskan sistem ini pada abad ke-19.
Apabila kita imbau kembali, golongan-golongan tertentu dahulunya mudah mendapat peluang pendidikan berkualiti. Contohnya Malay College Kuala Kangsar. Anak-anak kampung pula hanya bersekolah Melayu sehingga mahir arithmetic. Di dalam memperjuangkan pendidikan untuk orang-orang Melayu selepas merdeka hingga kini. Anak-anak golongan bangsawan telahpun bergraduat dari University of Cambridge, Oxford dan Harvard. Anak-anak lain terkial-kial hendak mendapatkan tempat di kolej-kolej komuniti. Kenapa jadi begini?

Pendita boleh membuat andaian berikut:-
1) Golongan yang cerdik pandai ini memiliki genetik nenek-moyang yang memang mantap. Jadi ibu-bapa mereka mendidik untuk berjaya kerana mereka juga telah berjaya.
2) Golongan yang bengap ini memiliki genetik nenek-moyang yang asal hamba abdi. Jadi ibu-bapa mereka tidak memberi contoh teladan yang baik kerana mereka juga golongan yang gagal turun-temurun serta hilang salasilah.

Walau bagaimanapun golongan (1) tidak dijamin akan sentiasa berjaya, begitu juga dengan golongan (2) tentu ada peluang untuk berjaya. Disinilah rahsia ilmu yang dibawa Muhamad SAW. Iaitu, jayanya atau gagalnya seseorang bergantung kepada upayanya untuk kearah itu. Jikalau pilihan dibuat untuk berjaya maka disitu terciptalah sebuah laluan berpandukan ilmu dan akal fikiran. Jikalau sebaliknya maka padamlah laluan kerana cetek ilmu dan akal fikiran yang bengap.

Kaedah 1) Jikalau anda memang bengap, bodoh dan sengal tetapi bercita-cita untuk berjaya cubalah bersembahyang selalu, minum susu kambing, tidak mengumpat dan memfitnah serta berbudi-bahasa. Selang beberapa lama anda akan mendengar nama anda dipanggil untuk temuduga atau melanjutkan pelajaran atau seseorang mula terpikat kepada anda!
Tetapi jikalau anda dah memang biadap dan kurang-hajar macam pekerja tadi, sampai ke sudah jawatan anda setakat itu sahaja dengan kenaikan gaji sekitar RM30.00 setahun. Itupun bergantung dengan markah SKT anda.

Kaedah 2) Jikalau anda memang darah-daging bangsawan, berkereta mewah serta handsome. Anda memang akan disanjung makhluk di alam nyata mahupun ghaib jikalau tetap dengan Allah dan membantu golongan yang bengap tapi bercita-cita itu tadi. Jikalau anda kekal dengan sembahyang, bersedekah selok-belok serta peluang perniagaan dengan tulus, tidak mendengki-khianat, cah keting. Selang beberapa lama anda mungkin dikunjungi wakil alam ghaib hendak menjodohkan anda dengan puteri bunian dari kawasan belakang lot banglo anda!

Maksud yang hendak Pendita bawa disini ialah majunya atau mundurnya seseorang atau kumpulan berpunca daripada sikap. Jika di suatu tempat ada seorang pandai, orang-orang di situ pula berbudi-bahasa dan jujur maka sudah tentu tempat itu dilimpahi rahmat. Kerana orang yang pandai itu akan memakmurkan dengan ilmunya tanpa diduga dengan umpatan tahap tertinggi Mak Besah jiran sebelah.
Sikap sebahagian daripada nenek-moyang kita mengambil upah mengkhianat kepada bangsa penyebab kerajaan-kerajaan Melayu kacau-bilau dan lemah. Dan kita adalah nenek-moyang kepada cucu-cicit kita. Jikalau pembawaan kita adalah biadap bercampur kurang-hajar maka cucu-cicit kita akan mewarisi sedikit-sebanyak sifat-sifat itu. Doa Pendita, mohonlah kita semua menjadi nenek-moyang yang memberi erti kepada cucu-cicit kita sepertimana doa Ibrahim Khalilullah kepada cucu-cicitnya.
Sekian.

Sabtu, Februari 20, 2010

Misteri bangsa Ibrahim Khalilullah

Setelah diteliti segala macam literatur, kita hampir boleh membuat kesimpulan bahawa Nabi Ibrahim adalah pencetus kewujudan bangsa mulia, perosak dan juga misteri.

1) Bangsa mulia - Arab setelah Muhamad SAW
2) Bangsa perosak - Yahudi melalui Yakub AS
3) Bangsa misteri - Melayu melalui niyang Keturah

Oleh kerana bangsa-bangsa ini berketurunan nabi maka segelintirnya terpilih. Selebihnya, menderhaka kepada Allah.

Kita arif tentang bangsa yang mulia dan yang perosak itu. Yang sangat tersorok adalah bangsa misteri ini. Penyelidikan dijalankan golongan bukan Islam tentang bangsa ini. Ringkasan jawapan mereka, ia terhasil daripada percampuran barat dan timur. Anak-anak ini dicampakkan ke nusantara dan jadilah Melayu dengan cendokan budaya.

Namun, tidak ramai mahu mengakui kemungkinan segala tamadun bermula di nusantara ini. Ia terjadi pada pendapat Pendita, disebabkan sejarah penjarahan Sepanyol, Perancis, Portugis, Belanda dan Inggeris mulai kurun ke 14. Merekalah pencetus sejarah olahan sendiri melalui andaian-andaian di dalam log-log dan diari-diari pengembaraan mereka.

Sukacita dewasa ini pengkaji-pengkaji di seluruh dunia mula mempertikaikan sejarah-sejarah olahan barat ini. Seperti Profesor Arysio Nunes dos Santos mengatakan bahawa nusantara adalah tapak kerajaan Atlantis yang tenggelam itu.

Juga, ada pengkaji mendakwa penjajahan Aryan ke benua India bermula dari daratan di sebelah selatan benua itu. Bangsa ini membawa budaya dan bahasa Sanskrit. Kita tahu bahawa Sanskrit bukan asal India. Jadi, bangsa Melayu yang menggunakan istilah-istilah dari bahasa ini tidak boleh dikatakan berbangsa India. Lagipun, bahasa ini hanya untuk golongan elit pada zaman itu.

Dari sudut geografi pula pusat-pusat peranginan di nusantara selalu disebut "paradise". Kita pun bersetuju kerana pemandangan di sini rata-rata cantik dan menenangkan. Cuaca yang elok sepanjang tahun. Siapa suka duduk di padang pasir, kawasan tundra Siberia atau Amerika utara yang dilanda salji tebal itu? Jikalau inilah "paradise" seperti kata pelancong, siapakah pula penjaga "paradise" kalau bukan para "dewa-dewi"?

Bangsa Mesir purba mendakwa tanah nenek-moyang mereka terletak di tempat terbit matahari. Nama tempat tersebut ialah Punt, juga disebut-sebut sebagai "tanah dewa-dewi". Sila lihat artikel sebelum ini. Kawan Pendita pernah berjumpa dengan orang-orang Mesir. Menurutnya mereka ada iras keMelayuan. Cuba kita cipta hipotesis ini:-

1) Tanah Punt adalah nusantara.
2) Bangsa Mesir berketurunan Melayu purba.
3) Seorang raja Melayu purba (Firaun) telah menderhaka kepada Musa AS.

Mari lihat betul-betul hal ini. Majoriti bangsa Yahudi menderhaka kepada nabi-nabi mereka. Sebahagian bangsa Mesir menderhaka nabi mereka. Kini, sebahagian bangsa Arab tidak lagi patuh kepada ajaran nabi mereka. Uniknya, ketiga-tiga bangsa ini adalah anak-cucu Ibrahim AS. Kerana nabi Ibrahim berkahwin dengan:-

1) Siti Sarah - hasilkan Yakub AS - bangsa Yahudi
2) Siti Hajar - hasilkan Ismail AS - bangsa Arab
3) Keturah - hasilkan 7 anak lelaki - bangsa misteri ~ Melayu

Kita tahu Siti Hajar adalah seorang puteri raja Mesir - wanita Melayu purba. Boleh juga kita katakan Arab sangat dekat dengan Melayu kerana Keturah dan Siti Hajar adalah Melayu purba juga. Orang Arab hidup berpuak-puak begitu juga Melayu dengan suku-sakatnya. Uniknya lagi, ketiga-tiga bangsa ini teguh sebagai ahlul-kitab. Tetap dengan ajaran nabi mereka. Jika kita kaji bangsa-bangsa besar lain mereka tidak tetap dengan sebuah ajaran tetapi mengikut pilihan individu.

Moden ini umat Arab sangat rapat dengan umat Melayu. Umat Melayu pula sukar dengan umat benua Cina dan India. Apatah lagi umat benua Eropah dan Afrika. Umat Melayu gemar ke tanah suci dan sesuai menuntut di Mesir seolah-olah menetap di kampung sanak-saudara. Bangsa Arab tidak kekok di nusantara. Sebaliknya, bangsa penjajah dan penumpang "panas" tinggal di sini. Pendita pernah mendengar seorang Iraq yang bekerja di UKM mengatakan bahawa Malaysia seperti syurga! Sebabnya orang sini tidak suka memaki-hamun sembarangan. Itulah ciri yang membezakan Arab dengan Melayu. Bezanya sopan dan gasar.

Bangsa Yahudi terpinggir. Tertumpu di Israel tanah rampasan dan juga di Singapura dengan sebuah pangkalan tentera (..jauh benar bertapak sampai ke Singapore...hangpa nak apa kat sini?). Mungkin nak tengok-tengokkan gelagat adik-tiri mereka ini...Lainnya bersepah di merata dunia. Pendita pernah mendengar bahawa di dalam kitab mereka menyatakan bahawa bangsa adik tiri bakal membinasakan mereka di akhir zaman nanti. Kalau tidak Arab tentulah umat Melayu di seluruh nusantara.
Orang nusantara ini ganjil. Walaupun dituduh pemalas, tidak pandai pelajaran, suka bergaduh, miskin dan sebagainya, ia tetap teguh menjalani kehidupan. Sifat sopan dan tolak-ansur seolah-olah mendaulatkan mereka.

Walaupun bangsa lain mengaut kekayaan di bumi ini, mereka tidak dapat berkuasa melainkan dengan restu Melayu. Jikalau mereka berkeras mahu berkuasa maka bercerailah kepala dari badan. Itulah daulat bangsa yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Pantang diri dicabar, darah menggelegak amuk mendatang, melayanglah nyawa di hujung tangan. Dengan restu Melayu mereka mendapat Singapura sebuah pulau kecil. Itu sahaja. Tiada restu Melayu untuk kekuasaan Thai terhadap Pattani.

Bangsa misteri ini diambang kemunculan semula di persada dunia sebagai kuasa ekonomi, ketenteraan, pusat pentadbiran dunia. Lihat Putrajaya. Sekilas pandang seperti pembaziran. Pandangan kedua seperti sebuah pusat pentadbiran bertaraf dunia. Sebenarnya Malaysia yang kecil ini tidak perlu pusat pentadbiran yang begitu besar dan tersusun. Mungkin Tun Mahathir adalah agen pembangunan akhir zaman supaya panji-panji hitam bakal berkibar dengan megah bersama sebuah pusat pentadbiran yang sudah bersiap-sedia menanggung beban pemerintahan dunia. Mari kita renung kembali kata-kata dari Tambo Minang tentang pusat pentadbiran raja Iskandar Zulkarnain:-

"…Tatkala maso dahulu, batigo rajo naiek nobat, nan surang Maharajo Alif, nan pai ka banda Ruhum, nan surang Maharajo Dipang nan pai ka Nagari Cino, nan surang Maharajo Dirajo manapek ka pulau ameh nan ko…"

Sekian.

Khamis, Februari 18, 2010

Jadi King Tut bangsa apa?

Bangsa Mesir purba menganggap Punt sebagai tanah nenek-moyang mereka. Ahli sejarah menganggap lokasi sebenar Punt belum muktamad. Punt atau dikenali juga dengan "tanah dewa-dewi" atau "lands of the gods" pernah diperintah oleh seorang raja bernama Parehu dan permaisuri bernama Ati.

Encik Zahi Hawass pernah memberi komentar berikut berkenaan Raja Tut Mesir Purba:-

"Tutankhamun was not black, and the portrayal of ancient Egyptian civilisation as black has no element of truth to it," Hawass told reporters.

"Egyptians are not Arabs and are not Africans despite the fact that Egypt is in Africa," he said, quoted by the official MENA news agency.

Di bawah ini adalah pembikinan semula wajah Raja Tut menggunakan perisian grafik.



"While Tutenkhamun's death at about 19, after ten years of rule between 1333 to 1324 BC, has been a source of much speculation, the circumstances of his birth were not any clearer." - Calgary Herald.

Majoriti berpendapat Punt terletak di benua Afrika atau di semenanjung Arab atau di benua India. Namun, hanya Mistisflies yang berani mencabar bahawa Punt ini adalah dunia Melayu.
Lihat gambar di bawah. Ukiran ini diabadikan setelah rombongan diRaja Mesir kembali dari tanah Punt. Terdapat ukiran pohon nyiur dan pondok. Rumah bertangga begini secara tradisinya Melayu. Rumah tradisi Afrika atau India bukan begini strukturnya. Pendita rasa pengukir ambil jalan singkat dengan mengukir pondok bulat sebab rumah Melayu contohnya Minang susah nak diukir agaknya. Apapun, rumah yang ditinggikan dari tanah adalah tradisi kita.



Dukacita, penantian kita untuk mendengar keputusan DNA daripada Encik Zahi Hawass berkenaan hubungkait DNA dengan bangsa belum tercapai. Pendita mendapat tahu saintis Jerman sedang mengkaji hal ini. Pada masa yang sama kita nantikan Mistisflies dengan kajian lengkap mereka. Sekian.

Isnin, Februari 15, 2010

Buang bayi

Pendita suka dengan aktiviti di kawasan berhutan seperti berkhemah. Pendita pernah menyertai jamboree antarabangsa pengakap di Kem Coronation, Pulau Pinang semasa jaman sekolah dahulu. Kem itu agak sempit bagi sebuah jamboree peringkat antarabangsa. Ramailah yang hadir dengan kontinjen masing-masing. Dengan khemah, rekabentuk struktur pintu gerbang serta pakaian dengan lencana pangkat yang hebat-hebat belaka! Baru Pendita perasan bahawa memang seseorang pengakap ini dididik mengejar pangkat. Pendita dahulu pun bersungguh mendapatkan pelbagai lencana untuk ditampal pada baju...Baiknya ia mendidik dengan moto "be prepared" atau Melayunya "sediakan payung sebelum hujan."
Malang sekali, pihak penganjur lupa bahawa Kem Coronation ini bukanlah kawasan hutan sebenar tetapi terletak di dalam kawasan Botanical Garden. Jadi, penghuni kem tidak boleh hidup sepertimana di dalam hutan. Bilangan bilik mandi dan tandas sangat terhad. Maka berebutlah mereka untuk mendapatkan giliran tandas. Oleh kerana tidak mendapat giliran, Pendita terjumpa gumpalan besar buangan manusia di dalam bilik mandi!
Maksudnya, apabila manusia disekat untuk mendapatkan sesuatu maka dengan daya imaginasi, innovasi serta idea-idea bisikan mampu mencari jalan untuk mendapatkannya juga. Dengan kata lain, manusia tidak akan boleh disekat walau dengan ugutan bom atom atau siksaan neraka sekalipun. Cuma, manusia ini boleh dirunding, dipujuk, dinasihat, diberi tunjuk-ajar dengan kaedah yang sangat tulus dan halus. Maka bolehlah mereka menyekat diri sendiri untuk tidak berbuat yang tidak baik.
Kembali dengan kes membuang najis di dalam bilik air, pihak penganjur sepatutnya berunding dengan wakil-wakil kontinjen untuk menyelesaikan isu ini. Pendita dan rakan-rakan pula mengambil langkah selamat dengan membuangnya di tepi sungai. Maka, berbondong-bondonglah kami ambil tempat strategik melepaskan hajat masing-masing...
Kes buang bayi di negara kita bukanlah fenomena terbaru. Ia berlaku sejak dulu lagi. Pendita kenal dengan seorang yang melahirkan anak luar nikah. Dia dan pasangannya cuba menggugurkan kandungan di bulan yang mulia Ramadhan. Kononnya berbuka puasa di hotel tetapi berada di hospital dalam keadaan parah. Namun, bukan salah bayi itu yang kini telah berusia satu tahun. Nasib malang bagi bayi-bayi yang dijumpai samada masih bernyawa atau yang sudah meninggal. Sedih...
Berbalik kepada isu buang najis di dalam tandas berbanding buang bayi di kawasan masjid. Isu buang najis disebabkan tandas yang terhad. Tak tahan maka bilik mandi pun jadilah. Isu nafsu remaja tak dibenarkan kahwin awal. Buat dulu pun jadilah. Kita boleh sepak-terajang budak-budak ini sepertimana pasangan tadi yang telah diperlakukan sedemikian tetapi benda dah jadi. Kita boleh menyenaraikan hukum-hakam seperti yang disiarkan Utusan edisi 15 Februari. Tetapi sebenarnya ini dosa siapa? Adakah ia milik pasangan terbabit semata-mata? Atau kita ramai-ramai dapat "share"? Sepertimana penganjur jamboree tidak menyediakan tandas yang mencukupi, sepertimana kita mengekang pasangan yang ingin berkahwin.
Ya, kementerian tersebut menyediakan ruang untuk pasangan ini melahirkan anak tanpa tindakan undang-undang: nyawa bayi diselamatkan. Ya, organisasi tersebut menggalakkan penggunaan kondom: bayi tidak dihasilkan. Kedua-duanya jalan selamat bertaraf "mee maggi". Pi mai, pi mai dua-dua berdosa. Kita yang tak kena ni jangan dok buat tak tau pulak! Jangan nak hukum sana, hukum sini. Mai tengok diri sendiri dengan serban putih tu.
Marilah sama-sama kita bantu pasangan muda yang hangat bercinta itu untuk berkahwin. Kalaupun masih "form five", apa salah? Runding dan tunjuk-ajar. Runding soal nikah-kahwin, tunjuk-ajar kaedah menjana kewangan dan survival. Kalaupun "form five" biaq pi la. Awat hangpa susah hati sangat?
Doa Pendita semoga keturunan kita terpelihara sepertimana doa Nabi Ibrahim untuk anak-cucunya! Sekian.

Ahad, Februari 07, 2010

Jawatan tertinggi kampung

Pendita hendak membawa pembaca sekalian untuk melihat peranan orang-orang tertentu di dalam sebuah kampung tradisional. Mereka ialah:-

1) ketua kampung - mengurus hal-ehwal penduduk, kadangkala sebagai hakim.
2) bidan - mengurus kelahiran.
3) tok mudim - menjalankan proses menyunat budak-budak lelaki.
4) pak imam - menjalankan aktiviti keagamaan, kadangkala menjadi pakar rujuk hukum.
5) tok bomoh - membantu menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.
6) guru silat - mendidik anak-anak muda ilmu pertahanan dan disiplin.

Beginilah keadaan kampung-kampung dahulukala. Bagi penempatan yang tiada jawatan-jawatan ini maka ia tidak dianggap kampung sebenar. Mungkin sebuah penempatan yang diteroka oleh sesebuah kumpulan. Untuk penempatan begini tiadalah perwakilan yang berurusan dengan kerajaan. Penghulu atau ketua kampung dulunya mendapat lantikan rasmi daripada sultan atau wakil-wakil sultan. Sesiapa yang hendak bermastautin di sesebuah kampung mestilah mengadap ketua kampung untuk mendapat kebenaran.

Jikalau kita imbau semasa kita kanak-kanak, suasana kampung terasa amat teratur. Terdapat prosedur-prosedur yang lengkap untuk apa-apa aktiviti. Kehidupan agak terurus. Kita lihat rata-rata orang kampung beradap, bersopan-santun, berbudi-bahasa serta taat perintah agama. Jadi, tidak hairanlah di sekitar 70an, 80an, jodoh pilihan adalah orang kampung. Kalau boleh tak naknya orang bandar kerana dikatakan "sosial".

Namun, evolusi bangsa berlaku. Ramai yang berhijrah ke bandar tinggal di taman-taman perumahan. Jawatan tertinggi seperti di kampung tidak wujud di taman-taman perumahan apalagi apartment-apartment. Kalaupun ada cumalah sebuah jawatankuasa penduduk. Pengerusi pun dipilih serta jawatan-jawatan lain seperti setiausaha, bendahari dan biro-biro. Siapakah mereka ini yang dipilih? Apakah tuan pengerusi ini betul-betul dihormati seperti seorang ketua kampung yang dilantik sultan?

Jika kita lihat di penempatan seperti ini, keadaan penduduk agak celaru. Siapa yang boleh menegur anak muda rempit waktu senja. Kalau berani Pak Aji Din tingkat dua tegur, nanti Proton Wiranya bakal menerima balasan daripada anak-anak yang nakal itu.
Maksudnya, tiada siapa boleh menegur disebabkan tiada kuasa yang dihormati.

Untuk urusan tunang atau nikah, orang-orang kampung akan dipanggil untuk "tolong" menguruskannya. Orang pekan manalah tahu hal-hal ini maklumlah kerja makan gaji. Kesimpulannya, apabila sistem pemerintahan kampung tradisional itu tidak ada, orang-orang Melayu akan hanyut dan hilang arah. Macam-macam ragam sosial yang berlaku dihadapan mata kita.

Pendita mengajak para pembaca melihat perkara ini disamping memikirkan cara bagaimana kita boleh, kata orang putih, "reinstate" jawatan-jawatan tinggi dengan campurtangan istana untuk penempatan majoriti orang Melayu dan Islam. Mungkin dilihat semacam kolot tetapi kita perlu inovatif. Seperti jawatan tok mudim dan bidan tidak diperlukan sebab klinik kerajaan menyediakan perkhidmatan ini. Bolehlah dilantik guru silat rasmi dan tok bomoh (ilmu yang baik) rasmi. Pak imam tidak perlu dilantik lagi sebab jawatankuasa surau dan masjid sudah memadai.

Apa yang Pendita sebut diatas sebenarnya sudah dipraktikkan di banyak tempat. Namun, mereka ini menjalankan urusan dengan inisiatif sendiri. Pengiktirafan masyarakat setempat mungkin tidak diperolehi. Punca semua ini adalah campurtangan politik. Maksudnya, jika jawatan-jawatan ini diwujudkan, parti politik mana yang berpengaruh? Untuk itu Pendita cadangkan campurtangan istana supaya mereka ini dihormati sebagai jawatan yang tidak berpihak.

Dengan adanya sistem begini, mudah-mudahan generasi akan datang lebih terurus dan terdidik. Walaupun kita lihat kehidupan di taman-taman seperti teratur dan harmoni, hakikatnya tidaklah begitu. Tengok bagaimana kesudahan rumah yang mengalami rompakan bersenjata. Tak ada siapa yang tahu, mahu tahu atau tolong. Masing-masing harapkan polis. Tiada lagi pendekar setempat yang digeruni. Jiran tidak pernah dikenali. Susah atau senang tanggung sendirian. Bilangan anak luar nikah semakin bertambah. Bayangkan apabila kanak-kanak ini mendirikan rumahtangga nanti. Pendita boleh anggarkan betapa kecelaruan keturunan akan berlaku. Jadi, hipotesis Melayu akan hilang dalam masa 50 tahun mungkin akan menjadi kenyataan!

Sekian.

Sabtu, Februari 06, 2010

Melayu purba zaman Mesolitik

Rangka seorang remaja ditemui oleh arkeologis UKM di Gua Bewah, Tasik Kenyir merupakan manusia zaman Mesolitik. Usia rangka ini disekitar 8000 hingga 11000 tahun. Menurut Utusan Malaysia edisi 6 Februari 2010:

"Rangka prasejarah itu ditemui pada kedalaman 65cm hingga 70cm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita telah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis.

"Keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan,” katanya kepada pemberita selepas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan media melawat ke gua berkenaan di sini hari ini.


Pendita percaya rangka ini adalah Melayu purbakala. Keputusan DNA yang bakal diperolehi nanti, pada hemat Pendita, bolehlah dijadikan standard DNA Melayu. Manakala keputusan DNA oleh Ainoon (2003) boleh dijadikan perbandingan kontemporari.

Jadi, pada masa akan datang kita boleh menyemak status keMelayuan seseorang dengan menjalani ujian DNA. Dengan ini, isu Melayu akan pupus 50 tahun akan datang bukan lagi sebuah permasalahan. Kerana, kita masih boleh mengekalkan keMelayuan dengan menjodohkan pasangan dengan DNA Melayu sepertimana pasangan sekarang menjalani ujian HIV.

Ibu-bapa atau anak-anak boleh memilih untuk menghasilkan zuriat Melayu atau hibrid bangsa 1Malaysia. Pada masa 50 tahun akan datang kita akan mampu menetapkan siapakah Melayu diantara kita. Begitu juga keanggotaan UMNO atau PERKASA. Bagi PAS ini bukanlah motifnya. Tidaklah nanti hanya Melayu wujud di muzium negeri.

Ramai di kalangan kita ini tidak gemar membicarakan soal jati diri bangsa. Apabila kita kaji golongan ini rupa-rupanya mereka mewarisi genetik asing yang ketara. Manakala sesetengahnya pula fanatik Melayu padahal terang-terangan genetik asing. Apapun kita menerima mereka kerana sayangkan bangsa ini.

Encik Zahi di Mesir pula bakal mengumumkan genetik Raja Firaun bergelar Tut pada 17 Februari ini. Pendita akan membandingkan genetik Raja Firaun ini dengan remaja Gua Bewah. Terdapatkah persamaan diantara kedua-duanya? Buat pengetahuan, Firaun yang jahat adalah seorang itu yang mengejar Nabi Musa. Manakala Raja Firaun yang lain dikatakan beragama langit. Jadi, Pendita bukanlah bersungguh-sungguh untuk membuktikan keFiraunan Melayu. Tetapi untuk mengkaji dinamika nenek-moyang kita purbakala.

Adakah Raja Iskandar Zulkarnain itu dari Timur atau sebenarnya bermula dari sini? Kerana jika ia bermula di tanah Arab atau Parsi, kisah baginda bergerak ke barat dan ke timur tidak akan menjangkau benua Amerika. Bermakna kisah di dalam al-Quran serta kitab-kitab samawi yang lain berkisar di kawasan Asia, Afrika dan Eropah semata-mata. Sedangkan di Amerika Selatan terdapat tamadun-tamadun yang hebat. Di dalam sejarah tamadun ini ada diceritakan gerombolan kapal-kapal musuh datang menyerang.

Tanjung Piai di Johor itu adalah penghujung benua Asia dengan struktur geografinya berpaya. Adakah tentera baginda berjalan kaki serta berkuda ke sana? Jika begini susahlah baginda untuk bergerak di negeri Johor dengan kuda dan peralatan. Sebaliknya, jika bala tentera baginda bergerak dengan kapal-kapal gergasi seperti Mendam Berahi, pergerakan ke Timur dan Barat menjadi lebih mudah. Lihat kata-kata dari Tambo Minang:

"…Tatkala maso dahulu, batigo rajo naiek nobat, nan surang Maharajo Alif, nan pai ka banda Ruhum, nan surang Maharajo Dipang nan pai ka Nagari Cino, nan surang Maharajo Dirajo manapek ka pulau ameh nan ko…”

Apakah maksudnya, "..nan surang Maharajo Dirajo manapek ka pulau ameh nan ko…”? Bertapak bukankah dimaksudkan dengan "menapek" atau bermaksud kekal di situ? Manakala, putera-putera yang lain "nan pai ka" atau "sampai ke". Anehnya, tiada seorangpun dihantar ke benua India. Dengan itu, ibu kota kerajaan baginda boleh diandaikan terletak di sini.

Pendita membuat hipotesis begini kerana kajian-kajian Alexandar atau Iskandar seolah-olah tiada keputusan muktamad. Al-Quran pula merahsiakan lokasi sebenar asal Iskandar ini. Manakala raja-raja kita bersungguh-sungguh mengaku berketurunan dan mengamalkan adat istiadat baginda Iskandar. Sekian.

Panglima Saleh

Pendita dengar di negeri Johor ada ramai pahlawan. Di dalam ramai-ramai pahlawan terdapat persamaan nama iaitu Saleh. Pendita juga mendapat tahu suatu ketika dahulu Sultan Johor pernah memerintahkan seramai 15 pahlawan melawan lanun dan musuh. Kesemua mereka bernama Saleh. Dibawah ini makam Engku Muhamad Saleh, Temenggung Muar yang ke-7 di Durian Chondong, Bukit Kepong, Muar, Johor. Malangnya keadaan makam tidak terurus.


Diantara pahlawan-pahlawan bernama Saleh, yang paling terkenal di Johor dan juga seMalaya adalah Panglima Saleh bin Abdul Karim, Batu Pahat, Johor atau Kiyai Saleh seperti gambar di bawah.


Semasa darurat dahulu puak Komunis pernah mengepung beliau serta pengikutnya yang sedang minum di warung. Bertubi-tubi tembakan dihalakan kearah mereka namun tiada satu butir peluru yang mengena. Kiyai Saleh mengarahkan semua pengikutnya berdiam diri. Melihat keadaan sedemikian puak Komunis pun undur. Apakah amalan beliau serta pengikutnya? Jawapan terdalam di dalam "Kitab Kota Negara".

Kitab ini mengandungi amalan-amalan yang dihimpun oleh murid-murid beliau. Terdapat bermacam-macam amalan untuk pertahanan. Ia sesuai diamalkan demi persediaan darurat. Namun begitu, kitab ini tiada di mana-mana toko buku. Hanya sebilangan sahaja yang diberi amanah menjaganya. Jadi, kalau tuan-tuan berminat silakan mencari di merata Malaya ini. Tanyakanlah pada lebai-lebai di kampung. Untung-untung dapat melihatnya.

Pendita pernah berjumpa dengan dua orang muridnya di Melaka. Susuh tubuh mereka tegap walaupun sudah tua. Layaknya panglima. Pendita ditegurnya apabila salam mencium tangan. Bagi mereka ini perlakuan yang tidak elok. Lihat saja fizikal Mat Kilau. Tegap dan tidak boroi. Guru pendita juga demikian, tegap dan langsing. Mungkin ini ciri-ciri tubuh badan pendekar gamaknya. Kalaulah kita ini boroi-boroi jangankan diharap untuk berjuang waktu darurat. Silap-silap bersepah-sepah cabut lari.

Murid Kiyai Saleh tadi bercerita waktu dulu apabila berperang, parang atau pedang ditangan tidak dilepaskan begitu saja. Digenggam erat sehingga pulang ke rumah pun tidak dilepaskan. Seperti melekat pada tangan. Pejuang terbabit akan berbaring berdiam diri. Disuapnya bubur nasi beberapa hari barulah senjata tadi terlepas dari tangan. Wah! Sampai begitu sekali. Tentulah ini amukan yang sangat digeruni musuh waktu itu. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan didiklah anak-anak kita amalan pertahanan nenek-moyang supaya mereka bersedia berhadapan dengan apa-apa kemungkinan..sekian.

Jumaat, Februari 05, 2010

Cuti hari Jumaat

Selepas sembahyang Jumaat tadi Pendita singgah menambah minyak jenama Shell. Kita tahu ini produk Yahudi. Jadi Pendita berurusniaga dengan perniagaan Yahudi. Soal duit ini digunakan pengurusan Zionis untuk menindas Palestin tidaklah boleh Pendita sekat kerana dia menjual dan kita membeli. Shell dikenakan cukai dan digunakan di dalam pengurusan negara juga. Jadi Pendita membayar untuk yang cukai itu bukan merestui penindasan Palestin. Lagipun, Zionis masih tetap menindas Palestin tanpa Shell sekalipun.

Oleh kerana panas Pendita belilah sebotol air manis-manisan buat hilang dahaga. Adik yang menjaga "cashier" ini pula melakukan sedikit kesilapan maka datanglah bosnya yang masih berbaju Melayu (agaknya belum sempat menukar pakaian) menegur adik ini. Ditegur sekali Pendita tentu faham kerana bosnya itu mahu mendidik. Tetapi Pendita tidak sedap lihat dan dengar teguran yang bertalu-talu dihadapan khalayak. Kasihan pula Pendita pada si adik itu.

Pada hemat Pendita, teguran disebalik tabir adalah yang terbaik. Kerana manusia itu ada maruahnya walaupun gagal bahasa Inggeris SPM. Bos pula yang berijazah, pada pandangan Pendita, berhati-hati dalam mendidik pekerja. Jurang pendidikan tidak ada kena-mengena dengan kasta kemanusiaan. Malah setiap makhluk mesti dihormati.

Berbalik kepada tajuk asal kita "Jumaat hari cuti." Hari yang mulia ini adalah hari bekerja bagi kebanyakan negeri. Bagi negeri-negeri yang cutinya Jumaat, sungguh bertuah. Kerana pada malam Jumaat di surau dan masjid berkumpul orang membaca Yassin-sebuah aktiviti yang inovatif agar masyarakat setempat bergaul dan saling kenal mengenal. Walaupun sesetengah imam muda yang baru bergraduat dari Madinah tidak gemar dengan aktiviti ini, Pendita rasa biarlah ia kekal begitu. Ia sudah sebati dengan jiwa orang-orang Melayu. Lagipun sifat kita ini suka berkenduri dan berkumpul. Itulah kekuatan yang penjajah-penjajah kepanasan dahulu.



Setelah kenduri bacaan Yasin malam tadi, paginya pula anak-anak mengaji manakala bapa-bapa dan ibu-ibu menyertai kuliah. Selepas mengaji dan kuliah ada kenduri ringkas. Masing-masing bertegur-sapa jiran dan orang kampung. Sesetengahnya mengambil kesempatan bertanya lebai soal-soal keagamaan. Yang muda-mudi ambil kesempatan untuk bernikah. Yang belum bernikah mungkin bertemu jodoh disini.

Apabila menjelang tengahari, berkumpul lelakinya di masjid untuk jemaah. Selesai sembahyang masing-masing berehat sambil menjamu selera nasi putih dengan gulai kawah atau sup kambing di warung bawah pokok sebelah masjid. Pada petang ini juga ada pasar minggu. Bolehlah membeli barangan dapur dan kuih kegemaran. Maksudnya hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan aktiviti yang merangsang jiwa secara spiritual dan fizikal. Seminggu sekali umat Islam mendapat kerehatan yang total. Bukankah ini seperti "charge battery"?

Pada pendapat sesetengah profesional, bercuti hari Jumaat rugi kerana baki cuti sehari tidak cukup untuk pergi "holiday". Apa itu "holiday"? Mengikut kamus maknanya ialah "a religous feast day" bermaksud hari upacara keagamaan. Jikalau cuti jatuh Jumaat tepatlah "holiday" itu. Tetapi jikalau Ahad pula tepatlah bagi penganut ajaran Jesus moden. Beruntunglah penganut Kristian dapat berkumpul di gereja dengan kerehatan. Manakala orang Islam di negeri Ahadnya cuti terkocoh-kocoh bersembahyang dan makan tengahari.

Di negeri-negeri seperti ini kita dapat lihat kepincangan umat Islam yang sangat ketara. Tidak wujud Islam berpasukan. Sudah tentulah tidak ada kekuatan. Apakah agendanya bekerja hari Jumaat untuk penduduk majoriti Islam? Kerana urusniaga atau menggagalkan Islam berpasukan? Marilah kita meminta kerajaan negeri untuk melihat isu ini demi kekuatan Melayu dan Islam. Mungkinkah kenyataan-kenyataan Nostradamus menjadi penyebab Jumaat hari bekerja?

Where the three seas meet there will be born one who will make of Thursday his holiday: his fame, praise, rule and power will grow, by land and sea a tempest to the East. Century 1, Quatrain 50.

Long awaited he will never return. In Europe, he will appear in Asia: One of the league issued from the great Hermes, And he will grow over all the Kings of the East.” Century 10, Quatrain 75.

Rabu, Februari 03, 2010

Terdapatkah kaitan Melayu dengan Raja Tut?

Ada beberapa hipotesis mengatakan nenek-moyang kita ada kaitan dengan piramid di Mesir. Wah! Ini agak keterlaluan. Tetapi kita jangan sangkal bahawa Melayu boleh berkerajaan di Madagaskar, Afrika. Mesir tidaklah jauh sangat dari Madagaskar memandangkan pelayaran dari Nusantara telah dilakukan.
Kita lihat pula rekabentuk bumbung masjid-masjid lama. Kebanyakannya mengambil bentuk seperti piramid. Ramai mengatakan ini rekabentuk Cina. Tetapi apabila kita lihat masjid-masjid lama di China tidak kelihatan jelas bentuk piramid pada bumbungnya. Masih ingat lagi kajian Ainoon (2003) berkenaan DNA Melayu semenanjung? Lihat apa kata-kata beliau:-

"We found 37.2% were 871G>A (G6PD Viangchan), 26.7% were nt 563 C>T (G6PD Mediterranean) and 15.1% were 487G>A (G6PD Mahidol) followed by 4.7% 1376G>T (G6PD Canton), 3.5% 383T>C (G6PD Vanua Lava), 3.5% 592C>T (G6PD Coimbra), 2.3% 1388G>A (G6PD Kaiping), 2.3% 1360C>T (G6PD Union), 2.3% 1003G>A (G6PD Chatham), 1.2% 131C>G (G6PD Orissa) and 1.2% 1361G>A (G6PD Andalus)."

Beliau serta rakan-rakan mendakwa Melayu semenanjung mempunyai ciri-ciri Mediteranean sebanyak 26.7%! Mari kita simpan maklumat ini sementara menanti keputusan DNA Raja Tut, raja Mesir purba yang akan diumumkan di Mesir pada 17 Februari 2010. Berikut adalah kenyataan dari DiscoveryNews:-

"Zahi Hawass, chief of Egypt's Supreme Council of Antiquities, has announced on Sunday he would hold a press conference on Feb. 17 to reveal the results of DNA tests on the world's most famous pharaoh."

Sekiranya terdapat kaitan yang ketara, maka ia membuktikan bahawa senjata Tekpi yang digunakan oleh sebilangan Pendekar kita adalah yang diwarisi.


Sultan Abdul Hamid, Kedah. Keturunan raja-raja Kedah dikatakan bermula dari Merong Mahawangsa-seorang raja dari Parsi. Mengikut pendapat lain pula Merong Mahawangsa berasal dari Xian. Namun dengan jumlah 26.7% DNA dari kawasan Mediteranean kita boleh katakan ada kaitan yang kukuh dengan dunia di sebelah barat. Kita tunggu pengumuman daripada Encik Zahi..sekian.

Kod rahsia manuskrip Melayu

Pendita telah menziarahi sebuah penempatan terpencil di Hulu Terengganu sekian masa dahulu. Tempat tersebut dikenali sebagai Kampung Jenagor, Batu Belah.

Kedudukannya berdekatan dengan empangan Tasik Kenyir dan janakuasa elektrik TNB. Untuk ke tempat itu, pengunjung perlu menaiki bot untuk menyeberang sungai.

Disini dimakamkan seorang ulama terkenal bernama Sharif Muhamad al-Baghdadi bersama-sama panglima-panglima pengiring yang tinggi lampai mengikut cerita penduduk.


Pendita sempat sembahyang di surau sementara melepaskan lelah memanjat. Ia terletak tinggi dari tebing sungai.


Tempatnya sungguh damai. Pendita bercita-cita untuk berehat di tempat sebegini apabila bersara nanti. Penduduknya ramah. Mereka terdiri daripada insan yang mendekatkan diri dengan Allah. Tempat ini dipimpin oleh seorang alim. Kuliah keagamaan diadakan pada waktu malam. Pendita dijemput untuk bermalam sambil mendengar ceramah. Namun, masa tidak mengizinkan. Lagipun Pendita perlu bergegas pulang. Sebelum berangkat pulang, Pendita sempat berbual-bual dengan seorang penduduk. Beliau seperti percaya kepada Pendita lalu membongkarkan beberapa rahsia Melayu.
Menurut beliau, Batu Belah pada zaman dahulukala merupakan sebuah pelabuhan yang besar. Banyaklah kapal berlabuh. Urus-niaga aktif. Dengan rezeki yang melimpah penduduk Batu Belah makmur dan kaya-raya. Malangnya, mereka hanyut didalam kemewahan dunia hingga Allah dilupai.
Berlakulah maksiat dengan pesta XXX sehinggakan bapa tidak mengenali anak perempuannya. Dengan murka Allah, turunlah bala dalam bentuk seperti penyakit kulit kata beliau. Maka matilah semua penduduk Batu Belah. Penduduk Batu Belah sekarang ini adalah insan yang berhijrah bukan penduduk asal.
Rahsia Melayu semenanjung menurut pengetahuan beliau terletak pada beberapa titik geografi. Yang Pendita diberitahu adalah:-
1) Melaka, Gunung Ledang
2) Perak, Bota
3) Kedah, Gunung Jerai
Menurut beliau lagi, moyang kita menyimpan beberapa kod rahsia di dalam manuskrip-manuskrip lama supaya tidak diketahui penjajah. Pendita tidak diberitahu manuskrip yang mana. Tugas anak-cucu sekarang adalah untuk "decipher" kod-kod tersebut. Bagaimanakah caranya? Tanya Pendita. Beliau mengatakan ada beberapa pemegang amanah yang tahu caranya. Pendita sendiri telah mentelaah beberapa manuskrip Melayu dan pernah berjumpa dengan ayat-ayat yang seolah-olah hendak menyampaikan sesuatu. Mungkin tuan-tuan dan puan-puan boleh buat "channelling" untuk mengetahui wasiat-wasiat nenek-moyang kita? Tetapi jikalau sudah dapat jawapannya jangankan heboh di dalam blog. Sampai-sampaikan dengan kerahsiaan..sekian.

Selasa, Februari 02, 2010

Nasib yang baik

Kebanyakan daripada kita bernasib baik. Maksud Pendita, hidup yang serba mencukupi serta dapat apa yang dihajatkan. Namun begitu, ramai juga diantara kita yang kurang bernasib baik. Contohnya, gagal didalam:-
1) kenaikan pangkat,
2) mendapat pekerjaan,
3) mendapat tempat pengajian,
4) mendapat sumber biaya pelajaran,
5) percintaan,
6) dansmacam-macam kegagalan.

a)Adakah semua itu nasib malang?
b)Adakah ianya dugaan?
c)Atau kita yang pilih nasib malang itu?

Semua jawapan di atas betul!

Pendita faham benar maksud qada' dan qadar. Ya, kita semua faham kata-kata "..untung baik dan untung jahat" yang lebai-lebai di kampung kita ulas dahulu. Namun, apakah yang kita dengar itu ditafsirkan secara betul oleh diri kita sendiri. "Tepuk dada tanya selera" pesan dulu-dulu. Kata-kata sekarang pula "..tepuk dada tanya iman.."

Ustaz-ustaz kita dah "puwaih" atau puas kata orang utara cerita "pasai" untung baik dan untuk jahat ini beserta dengan hadis-hadis, ayat-ayat al-Quran. Tetapi kita-kita ini masih meraba-raba didalam kegelapan mencari entah apa-apa. Maksudnya, tiada arah tujuan hidup walaupun kita tahu firman Allah bahawa tujuan kita hidup adalah untuk beribadat kepadaNya. Apabila sudah penat mencari tapi tak dapat maka mulalah cari kesalahan pada orang lain. Keluarlah kata, "..depa-depa ini makan sorang tak ingat kat kami".
Pesan Pendita, pergilah ke sebuah tempat suci lagi sunyi. Bertenang dan kembaralah ke dalam riwayat hidup kita sendiri. Terbang di dalamnya. Cari dimana punca hidup kita jadi begini. Kemudian keluarkan tenaga dalaman untuk mencipta angan-angan kejayaan. Dari situ bermulalah sebuah kembara kejayaan.
Ya, perasaan marah dan dendam lama memang membara di dalam dada. Kawal api itu. Kerana api itulah selalu menghalang kita untuk menempa kegemilangan. Guna kepanasan itu untuk menjana tenaga dalaman anda supaya lebih kuat menentang halangan. Andalah Srikandi, andalah Pendekar!
Pendita ingin membawa para pembaca untuk menginsafi sedutan daripada sebuah buku bertajuk "Be Lucky-it's an easy skill to learn." Buku ini dikarang oleh seorang pensyarah psikologi Universiti Hertfordshire di England bernama Richard Wiseman. Beliau membuat perbandingan di antara golongan yang dianggap bernasib baik dengan yang sebaliknya. Hasil daripada kajian ini, menurut beliau golongan yang bernasib baik ini mempunyai ciri-ciri berikut:-
1)mahir di dalam mencipta dan menghidu peluang,
2)membuat keputusan dengan mendengar suara hati,
3)membina angan-angan kejayaan sambil bersikap positif terhadapnya, dan
4)bersikap redha dengan kegagalan sambil menganggapnya ada kebaikan disebalik.
Bagi golongan yang tidak bernasib baik ini mereka mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
1)gagal mendengar suara hati,
2)adalah seperti makhluk yang membuat kerja atau aktiviti yang sama setiap hari, dan
3)mudah melenting.
Menurut beliau, mudahnya untuk bernasib baik ialah dengan memadam ciri-ciri buruk dan mengamal ciri-ciri baik. Lambat laun, katanya, anda akan nampak nasib mula menyebelahi anda! Bukankah Allah sayang kepada kita?

Isnin, Februari 01, 2010

Siapakah sebenarnya penghuni-penghuni Nusantara purba?

Pendita pernah mendengar pendapat Encik Yusof Cha, editor buku terkenal-Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia terbitan Institut Terjemahan Negara semasa menghadiri kursus terjemahan bahawa di Nusantara ini, "..puaknya pelbagai dan macam-macam jenis." Sehinggakan para-para pengkaji sejarah sukar membuat kata muktamad siapakah penghuni Nusantara ini. Untuk memudahcara mereka labelkan kita sebagai bangsa yang berbahasa"Malayo-Polynesia". Di bawah ini kenangan diabadikan oleh pahlawan Tausug di atas kapal perang Amerika.

Manakala di antara kita pula mengatakan puak masing-masing lebih dominan sehinggakan Srikandi terpaksa berhujah kepada Anai-Anai untuk menepis dakwaan Siam lebih dominan di Tanah Melayu ini. Asasnya kita adalah di bawah ini:-

Sifat kita seperti huraian sangat teliti Srikandi-misteri.Ya, Pendita bersetuju. Sepanjang pengalaman Pendita bergaul dengan orang-orang Nusantara ini Pendita dapati ada sifat-sifat unik setempat seolah-seolah mereka dalam cabang Melayu yang lain. Atau dengan kata lain bukan dari pepohon-keluarga yang sama.
Jikalau melihat dari teknologi pembuatan kapal seperti disebut didalam manuskrip-manuskrip kuno Melayu contohnya Lancang Kuning. Dikatakan ia tidak akan karam walau badai mana sekalipun yang datang. Teknologi pembinaan kapal secara hafalan ini siapa yang ajar? Kita tahu teknologi terbaik ini dikuasai Nabi Noh dan pengikutnya.

Jikalau dilihat dari teknologi logamnya. Kita tahu dari Surah al-Kahfi Iskandar Zulkarnain memerintahkan pembinaan tembok besi bercampur tembaga. Kita juga tahu Nabi Daud diajarkan kaedah pembuatan baju besi. Kita pula pakar dalam pembuatan senjata berlogam seperti keris dengan campuran pelbagai logam.
Kalaulah kita bangsa yang "bermain dengan tupai" seperti kata Srikandi manakan kita tahu buat benda-alah ini semua.
Jadi Pendita menyokong pendapat Encik Yusof Cha bahawa kita ini memang daripada pelbagai pepohon-keluarga. Namun pepohon yang dominan hanya daripada:-
1) Nabi Noh
2) Nabi Ibrahim
3) Iskandar Zulkarnain
3) Nabi Muhammad
Kerana Pendita yakin dengan ayat-ayat seperti berikut:-
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama maka sebahagian di antara mereka: Orang yang beroleh hidayat petunjuk dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik (derhaka). Surah al-Hadid ayat 26.
Ya Tuhanku! Jadikanlah aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitupun anak-anakku. Ya Tuhan kami! Dan perkenankanlah doaku! Surah Ibrahim ayat 40.
Ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Mekah) aman sentosa dan hindarkanlah aku dan anak-anakku dari menyembah berhala. Surah Ibrahim ayat 35.

Salam kepada Niyang Keturah..
Abraham again took a wife, and her name was Keturah. And she bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, and Shuah. Jokshan begot Sheba and Dedan. And the sons of Dedan were Asshurim, Letushim, and Leummim. And the sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abidah, and Eldaah. All these were the children of Keturah.Bible, Genesis 25.


Wahai Niyang Keturah..adakah niyang berasal dari Kauthara di Negeri Champa?



Dan didalam Tambo Minang menceritakan perihal putera-putera baginda Iskandar Zulkarnain,"…Tatkala maso dahulu, batigo rajo naiek nobat, nan surang Maharajo Alif, nan pai ka banda Ruhum, nan surang Maharajo Dipang nan pai ka Nagari Cino, nan surang Maharajo Dirajo manapek ka pulau ameh nan ko…”

Profesor Olsen pula mendakwa bangsa dominan ini adalah yang disebut-sebut sebagai "the lost tribe" Yahudi berdasarkan kajian ilmiah beliau sambil merujuk kepada The Book of Mormon. Peta semenanjung Tanah Melayu dikatakan sebagai tanah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada kaum ini atau kita? Baca sedutan ayat-ayat daripada The Book of Mormon ini:-
Nevertheless, thou beholdest that the Gentiles who have gone forth out of captivity, and have been lifted up by the power of God above all other nations, upon the face of the land which is choice above all other lands, which is the land that the Lord God hath covenanted with thy father that his seed should have for the land of their inheritance; wherefore, thou seest that the Lord God will not suffer that the Gentiles will utterly destroy the mixture of thy seed, which are among thy brethren. Nelphi 13:30.
And it came to pass that they did multiply and spread, and did go forth from the land southward to the land northward, and did spread insomuch that they began to cover the face of the whole earth, from the sea south to the sea north, from the sea west to the sea east.Helaman 3:8.
Berkembanglah bangsa ini sehingga ke Madagaskar dengan kerajaan Merina.

And now, it was only the distance of a day and a half's journey for a Nephite, on the line Bountiful and the land Desolation, from the east to the west sea; and thus the land of Nephi and the land of Zarahemla were nearly surrounded by water, there being a small neck of land between the land northward and the land southward.Alma 22:32.

Jikalau fakta-fakta yang sedikit ini dikembangkan lagi sepertimana usaha hebat Srikandi, kita akan dapati seperti Amerika yang menempatkan pelbagai kaum yang disatukan atau dicairkan seperti "melting pot" di dalam American History. Pendita pernah mengambil matapelajaran ini semasa di universiti dahulu. Persoalannya sekarang, seperti yang dibongkarkan di dalam blog-blog tempatan ini, siapakah mereka yang akan membawa panji-panji hitam itu? Adakah memang kita atau Pashtun? Nampaknya ramai yakin bahawa bangsa Melayu Islam yang bakal melakukannya. Namun begitu, jika benar, Melayu daripada pepohon-keluarga manakah yang akan keluar berjuang? Kajian saintis tempatan perihal sampel DNA Melayu semenanjung adalah: 26.7% nt 563 C>T (G6PD Mediterranean)*
*O. Ainoon, Y.H. Yu, A.L. Amir Muhriz, N.Y. Boo, S.K. Cheong, and N.H. Hamidah, Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD) Variants in Malaysian Malays, HUMAN MUTATION Mutation in Brief #574 (2002) Online.
Lihat pula kata-kata Nostradamus yang hebat diperkatakan Barat itu:-
“Where the three seas meet there will be born one who will make of Thursday his holiday: his fame, praise, rule and power will grow, by land and sea a tempest to the East.” Century 1, Quatrain 50.
Long awaited he will never return. In Europe, he will appear in Asia: One of the league issued from the great Hermes, And he will grow over all the Kings of the East.” Century 10, Quatrain 75.
Dimanakah kawasan di sebelah Asia ini yang dikelilingi tiga lautan dan beraktiviti malam Jumaat itu?

Begitu juga di dalam The Book of Mormon:-
And after that ye were blessed then fulfilleth the Father the covenant which he made with Abraham, saying: In thy seed shall all the kindreds of the earth be blessed—unto the pouring out of the Holy Ghost through me upon the Gentiles, which blessing upon the Gentiles shall make them mighty above all, unto the scattering of my people, O house of Israel.Nelphi 20:27.
And it meaneth that the time cometh that after all the house of Israel have been scattered and confounded, that the Lord God will raise up a mighty nation among the Gentiles, yea, even upon the face of this land; and by them shall our seed be scattered.Nelphi 22:7.
Bersediakah kita untuk bangkit? Pendita pernah mendengar kata-kata bahawa pada suatu ketika nanti khazanah purba dan alat kebesaran Melayu akan keluar dari bumi. Sepertimana orang-orang tua dahulu menyimpan harta di dalam tanah. Tok-nenek Pendita buat begitu sampai sekarang anak cucu tak dapat merasa, ghaib dijaga jin. Dan juga sepertimana orang-orang dahulu meminjam pinggan mangkuk kenduri dari gua-gua puaka. Maksudnya perkakasan ini ada penjaganya..sekian.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...